Okay aku taknak intro panjang-panjang. Cukup laa setakat tuhh. So time form 3 dulu, aku dapat masuk asrama kat sekolah aku. Sekolah aku ni jenis sekolah harian di kawasan Negeri Sembilan. Waktu bulan pertama aku masuk okay laa. Aku berkenalan dengan senior-senior ngan junior-junior situ. Diorang ni okay laa. Kadang-kadang makan maggie sebelum tidur. Tak pun tak pergi prep malam semata-mata nak tidur kat dorm. Satu hari ni, waktu tu hari Sabtu malam Ahad. Budak-budak asrama mula bergerak pergi kat dorm kawan lain. Maklumlah hari Sabtu dengan Ahad je boleh tidur dekat dorm lain. Kalau macam hari sekolah kena laa tidur dorm sendiri.
So kawan aku 'A' datang laa kat dorm aku sebab nak tidur ngan aku. Katil kitorang jenis double-decker. Katil aku bahagian atas. So setiap hari cuti katil semua tarik rapat-rapat sebab budak dari dorm lain tidur kat bilik aku. Sebelah kiri aku ada adik junior, yang sebelah kanan aku ada 2 katil kosong sebab memang tak ada orang. Bila kawan aku si 'A' ni datang, dia tidur tengah-tengah. Rapat sangat ngan aku. Kitorang pun tidur laa sebab time tu pun dah pukul 1.30 pagi. Aku ni jenis kalau tidur confirm selimut satu badan sampai ke muka pun aku selimut. Dalam pukul 2.45 ntah macam mana aku terbangun, ni aku tak sure sama ada aku bermimpi atau betul sebab keadaan aku memang real. Means aku tengah baring dalam selimut macam biasa. Lepas tu aku pun nak tengok la 'A' dah tidur ke belum. Aku tarik selimut aku... elok je aku buka selimut, muka dia dah menghadap aku, mata dia pandang aku macam marah. Aku bangun nak lari tapi tiba-tiba tangan kawan aku ni masuk dalam selimut aku pastu tekan perut aku dalam-dalam. Time tu aku sesak nafas tahan sakit. Aku paksa diri untuk bangun.. pastu tangan dia lagi sebelah terus tekan leher aku tak bagi lari. Aku pun dah sesak nafas sangat aku terpaksa baca ayat kursi dalam hati. Dah nak habis ayat kursi, tangan kawan aku terlepas dari badan aku pastu keluar dari selimut. Aku terus bangun!! Aku tengok kawan aku .. Allah ,dia tidur. Tapi serious aku cakap, aku pegang perut aku still rasa sakit.
Esoknya aku bagitau laa kawan aku. Dia cakap malam tu mana ada dia bangun. Sejak dari hari tu dia dah tak berani tidur kat bilik aku. Maksudnya aku laa yang akan pergi ke bilik dia. Lepas nie aku akan cerita lagi maybe tentang asrama ni atau takpun kat tempat lain tapi di kawasan asrama jugak.
Waalaikumussalam ~